Aktiviti memasang khemah merupakan kemahiran asas yang penting dalam pengembaraan dan perkhemahan. Ia melatih kerjasama, ketahanan diri, dan kebolehan menyelesaikan masalah.
Langkah-langkah asas memasang khemah:

  1. Pilih kawasan yang rata dan tidak berbatu.
  2. Buka khemah dan asingkan semua komponen seperti tiang, kanvas dan tali pengikat.
  3. Pasang rangka utama khemah menggunakan tiang yang disediakan.
  4. Regangkan kanvas dan pastikan ia dipasang dengan kemas.
  5. Ikat tali pengikat untuk menstabilkan khemah daripada angin.

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu membentuk disiplin serta kemahiran hidup berdikari..

post categories
Recent Posts